Kehidupan ini,
Suram tanpa orang yang mengasihi,
Suram tanpa orang yang mengasihi,
Dikasihi dan pengasih,
Kita terlupa dan terlena,
Bahawa Allah hanya meminjamkan kita,
Kebahagiaan, kecintaan, ketenangan,
Di dalam sedikit usia,
Kadang-kadang kita bangga,
Bangga dengan diri,
Yang hanya pinjaman Illahi,
Kita riak dengan kecantikan luaran,
Kekayaan dan kebahagiaan duniawi,
Sedangkan itu hanya pinjaman,
Dan bakal dituntut kembali,
Kita sering leka dengan hasutan syaitan,
Kita lalai menunaikan amanat Tuhan,
Kita mengejar kehidupan sementara,
Ingatlah,
Sedarlah,
Bahawa kita,
Hamba yang hina tanpa amal,
Hamba yang disanjung dengan bekal.
~Iefah Syarmiera Abdullah
~Nurul Syafiqah Abdullah
~10/6/2007
~Majalah An-Najah 3 (2006-2008)












No comments:
Post a Comment
hey...!!
syukran :)
sila tinggalkan komen anda walaupun dengan hanya menunjukkan mood ^_^