Yang dahulunya tidak dihiraukan,
Yang dulunya tidak diendahkan,
Tapi sekarang menjadi kejaran,
Sehingga akhirat dilupakan.
Dunia...
Mengapa kau kini menjadi perhatian,
Menjadi rebutan,
Oleh manusia yang semakin kelalaian.
Dunia...
Impakmu sungguh besar,
Sehingga kami sering tersasar,
Dari landasan yang sebenar,
Pada Allah yang Maha Besar.
Dunia...
Mengapa haus kau meledakkan lavamu,
Mengapakah harus kau menghamburkan gelombangmu,
Yang memaksa kami terikut bersamamu,
Ke arah maksiat yang sering berlaku.
Dunia...
Usah kau perdayakan kami,
Ke arah kemaksiatan,
Ke lembah kehinaan,
Kerana kami tetap akan berpegang
kepada Syariah Islamiah,
Kepada Allah yang Maha Esa.
Hasil Nukilan:
~Nurshuhada~4 Sains '07











No comments:
Post a Comment
hey...!!
syukran :)
sila tinggalkan komen anda walaupun dengan hanya menunjukkan mood ^_^