24.6.12

NOVEL ONLINE

Lama rasanya tidak mengemaskini blog ini....... Tentunya pelajar-pelajar suka membaca novel kan? terutamanya pelajar Menengah Atas..... Khususnya Tingkatan 4 dan 5.
Di bawah ini.... ada cikgu postkan novel-novel terbaru.......




(NOVEL TERBARU) : TEDUHAN KASIH - Marissa

“Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!” -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

“Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini.” -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

Judul : Teduhan Kasih
Penulis : Marissa
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22.00
Sabah/Sarawak : RM25.00








(NOVEL TERBARU) CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG - Airisz

Novel yang menduduki carta no 1 Bestseller di POPULAR - Rujukan Akhbar Berita harian 16 Mac 2012

Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,

“Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?

Judul : Cik Bunga Dan Encik Sombong
Penulis : Airisz
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25






(NOVEL TERBARU) CAHAYA QASEH - Kathy Tuah

“Aku tengok kau bukan main lagi nak raih balik cinta Qaseh tu.”Tiba-tiba Amri bersuara. Pandangannya dihalakan kepada Tengku Aiman.

“Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?” tanya Tengku Aiman pula. Iman Hafifi hanya menjadi pendengar. Tidak mahu masuk campur.

“Tapi aku tengok Qaseh tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aiman. Baik kau cari perempuan lain. Tak pun kau ambik je Damia yang sampai sekarang masih terhegeh- hegeh kat kau tu. Buang masa je kau tunggu Qaseh.” Sinis sahaja Amri berkata-kata. Tengku Aiman tergelak kecil.

“Aku rasa kalau aku buang masa sampai mati sekali pun aku tak kisah. Lagipun aku tak sakitkan hati orang lain. Tak macam kau, dah ada anak bini pun masih ada hati lagi kat Cahaya. Kau ingat aku tak tahu ke? Jadi, aku rasa kau yang patut sedar diri sikit. Jaga je anak bini kat rumah tu, daripada kau jaga Cahaya kat sini.” Sela Tengku Aiman bersama hujah yang cukup panjang. Air muka Amri terus berubah.

Tengku Aiman, Amri dan Iman Hafifi. Tiga lelaki berbeza tapi mempunyai rasa yang sama iaitu rasa ingin memiliki hati Cahaya Qaseh. Namun tanpa mereka sedar, keinginan mereka itu membuatkan Cahaya Qaseh sering diherdik dan dihina oleh kekasih hati masing-masing.
Akhirnya, setelah puas berfikir, Cahaya Qaseh mengambil keputusan untuk menerima lamaran Tengku Aiman yang juga merupakan kekasih pertamanya. Tapi sayang, pilihan yang dibuat itu menyebabkan dia terpaksa berdepan pula dengan Syuhada dan Auntie Norly. Kedua-dua anak beranak ini punya agenda tersendiri. Selagi Cahaya Qaseh tidak tersungkur, selagi itulah mereka mengatur strategi.

Tapi adakah Cahaya Qaseh hanya mendiamkan diri bila dirinya dipijak lumat oleh orang lain? Jadi, ikutilah perjalanan hidup gadis bernama Cahaya Qaseh yang penuh dengan suka, duka, romantis dan bahagia…

Judul : Cahaya Qaseh
Penulis : Kathy Tuah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22





(KERATAN AKHBAR) Top 5 CARTA BESTSELLER Novel di MPH - sedutan akhbar Berita Harian, jumaat - 22/6/2012 ( Semalam )

1. Suami Aku Ustaz - Hannah Dhaniyah ( Karyaseni )
2. Sebenarnya, Saya isteri dia - Zura Asyfar ( Karyaseni )
3. Musuhku Suamiku - Zuera Rasiddin ( Fajar Pakeer )
4. Kahwin Ganti - Aifa Batrisya ( Karyaseni )
5. Sunan Musafir - Ramlee Awang Murshid ( Alaf 21 )

Dapatkan segera novel-novel bestseller di pasaran. Tahniah kepada penerbit karyaseni yang 3 novel mereka menduduki top 5 carta bestseller.



Novel-pun novel juga ye..... pelajaran jangan lupa

No comments:

Post a Comment

hey...!!
syukran :)
sila tinggalkan komen anda walaupun dengan hanya menunjukkan mood ^_^