11.3.12

Kebangkitan Teras Kejayaan

Malam
Kedinginan dan kesepiannya di kampung
Telah menjadi ilustrasi impian
Anak desa
Untuk mengejar kejayaan
Untuk memburu cita-cita murni
Bagi mengubah nasibnya masa hadapan
Menjadi insan berkerjaya.


Wahai malam
Mengapakah malam ini
Dirobek lampu neon dalam 
kebisigan kota
Apakah demi kemajuan diagungkan
Anak desa menjelma anak kota
Terlupa akan cita-cita
Mula temui cinta di lorong gelap
Yang membinasakan diri.


Wahai malam
Sampaikanlah pesanan ini
Melalui pesanan dinginmu
Kepada anak-anak modal insan
Marilah kita sama-sama
Menuju arah kejayaan
Cemerlang bersama Islam Hadhari.


Hasil Nukilan oleh Nurul Atikah Abd. Razak
1 Saodah
Majalah An Najah 3 (2006-2008)













No comments:

Post a Comment

hey...!!
syukran :)
sila tinggalkan komen anda walaupun dengan hanya menunjukkan mood ^_^