Kelihatan kelibat manusia keseorangan
Bersimpuh di jendela menatap
sebingkai potret
Potret keluarga
Keluarga yang telah pergi
buat selama-lamanya.
Tatkala hujan dipanah petir
Gusar menyelubungi hatinya
Atap rumahnya sudah dimamah karat
Tiang serinya sudah dimamah asai
Dirinya juga sudah dimamah usia.
Kini tiada lagi harapan
Tenatlah dia keseorangan
Di saat jelmaan malaikat maut
Memberi salam lantas mencabut nyawanya
Terhempas bingkai bersama roboh
pondok usangnya.
Hasil Nukilan oleh:Raihan & Baizura
3 Saodah
Majalah An Najah 3 (2006-2008)










No comments:
Post a Comment
hey...!!
syukran :)
sila tinggalkan komen anda walaupun dengan hanya menunjukkan mood ^_^