30.3.12

Sinopsis Novel Ana Muslim

Siri 9 :
Bintang dan Permata



Kebahagiaan itu memang diajnjikan dalam hidup tetapi bukan bermakna kita akan sentiasa bahagia sepanjang hayat. Dugaan dan cabaran akan sentiasa merentangi sungai kebahagiaan. Maka teruskan usaha untuk mencari perahu penyelesaian agar anda selamat daripada dihanyutkan oleh arus penyesalan.
***
Ana meletakkan tangannya di atas bahu Idah.
"Kenapa Idah kata macam tu?" soal Ana.
"Entah kenapa, Idah rasa tak yakin dengan diri Idah, sedangkan sebelum ini, Idah berkobar-kobar untuk menyanyi dan menyertai pertandingan tu," balas Idah tanpa memandang muka Ana.
"Apa Idah nak buat Ana? Ana ajar Idah menyanyi boleh tak?"
Ana terkejut dengan permintaan Idah itu. Namun begitu, dalam hatinya berasa ingin ketawa dengan permintaan tersebut kerana Ana berasakan dia bukanlah orang yang layak untuk membimbing Idah untuk menyanyi. 

No comments:

Post a Comment

hey...!!
syukran :)
sila tinggalkan komen anda walaupun dengan hanya menunjukkan mood ^_^