30.3.12

Sinopsis Novel Ana Muslim

Siri 10 :
Debaran Di Hati Ana



Inginku khabarkan. Tatkala nyiur melambai, liuk lentoknya cukup menggamit perasaan. Kicauan burung bagaikan irama wajib kala sang suria menjelma. Semerbaknya kasturi desa. Terpana seketika hati ini diulit momen di lewat musim itu...
***
Mereka yang berada di situ semua berhenti lalu menoleh ke arah cahaya yang ditunjukkan oleh Ibrahim. Benar apa yang dikatakannya. Dalam dusun yang gelap itu, terdapat cahaya kecil yang seakan-akan terapung-apung di udara.
     "Kak Ana...Abang Im, malam ni malam Jumaat, kan?" kata Luqman dengan suara yang cemas.
     "Hantu!" teriak Hafez dengan tiba-tiba.
     "Lari, ada hantu!" 

No comments:

Post a Comment

hey...!!
syukran :)
sila tinggalkan komen anda walaupun dengan hanya menunjukkan mood ^_^