30.3.12

Sinopsis Novel Ana Muslim

Siri 11:
Cinta Untuk Ana



Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat  meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
***
Merona seketika muka Ana apabila ditenung sebegitu oleh Shahrul.
"Adakah awak orang yang memberi saya bunga dan kuih-muih itu?" soal Ana lambat-lambat.
Shahrul cuba selindung tetapi tidak berdaya. Dia hanya menganggukkan kepala perlahan. Sebenarnya, dia malu.
"Kenapa awak lakukan semua tu?" tanya Ana lagi.
Shahrul terdiam seketika. Berat mulutnya untuk menjawab soalan Ana itu.
"Sa... Sa... Saya... Su... Suka... kat... Awak..." tergagap-gagap Shahrul menuturkan kata-kata itu.
Bulp! Kelu lidah Ana mendengar pengakuan Shahrul! Dup, dab! Suka? Issh... Parah ni... 

No comments:

Post a Comment

hey...!!
syukran :)
sila tinggalkan komen anda walaupun dengan hanya menunjukkan mood ^_^